Saya meminta maaf kerana tidak menghantar post sejak 5 hari yang lalu kerana PC saya diserang virus. Masalah yang lebih teruk ialah saya tidak dapat menformat PC saya untuk menginstall windows yang baru. Sehingga lah saya meminjam cd windows xp yang lain dari kawan saya. Ini pun masih tidak ok sepenuhnya tapi masih boleh digunakan untuk melayari internet.

Baiklah, saya mendapat banyak respon yang bertanyakan tentang umobile broadband. Ramai yang berminat, tak kurang juga yang masih ragu-ragu. Oleh yang demikian untuk beberapa hari atau post berikutnya, saya akan menerangkan lebih lanjut tentang umobile broadband. Tapi hari ini saya ingin pulang ke kampung saya di Teluk Intan, Perak. Jadi hari Ahad lah saya terangkan. boleh lah ya? Doakan perjalanan saya selamat :)