Bagi pengguna yang baru ingin mendaftar streamyx, anda perlu terlebih dahulu menyemak samada kawasan rumah anda termasuk dalam liputan streamyx atau tidak. Ini untuk mengelak dari berlakunya masalah iaitu selepas anda mendaftar, baru anda tahu rupa-rupanya kawasan rumah anda tidak diliputi oleh streamyx.
Cara untuk menyemak mudah sahaja. Anda perlu menghantar sms STX <ruang> nombor telefon rumah anda dan hantar ke 33535. Contoh STX 0322885593. Dan selepas itu tunggu jawapan daripada TM.
Bagaimana pula jika saya masih belum memiliki telefon rumah @ talian tetap?
Anda boleh menghantar sms dengan meletakkan nombor jiran rumah anda atau rumah-rumah yang berhampiran dan ikuti langkah yang sama.
Servis ini boleh didapati dari pukul 7 pagi sehingga 8.20 minit malam. Dan caj yang dikenkan bagi setiap sms ialah RM 0.30. Terima kasih.




