Pakej Celcom Broadband terbahagi 4 iaitu:
1. Daily Unlimited
Pakej ini ditujukan kepada anda yang menggunakan internet sekali-sekala sahaja seperti mahu memeriksa email dan melayari beberapa laman web. Kelajuan yang ditawarkan ialah sehingga 3.6 Mbps dengan caj RM 0.10 per 10kb. Pakej ini juga boleh digunakan pada telefon bimbit 3G dimana telefon berkenaan akan bertindak sebagai modem.
2. Pay Per Use
Pakej ini pula sesuai bagi anda yang menggunakan internet secara sederhana seperti berchatting dan memuat turun fail-fail media seperti video dan lagu. Kelajuannya ialah sehingga 384 Kbps dan caj yang dikenakan ialah RM 8 bagi setiap 24 jam.
3. Broadband Basic
Pakej Broadband Basic adalah pakej internet tanpa had (unlimited) dengan kelajuan 384 Kbps. Yuran bulanan yang dikenakan ialah RM 68 sebulan. Pakej ini disasarkan kepada pelanggan yang menggunakan internet secara kerap dan berpuas hati dengan kelajuan yang sederhana.
4. Broadband Advance
Pakej Broadband Advance pula adalah untuk anda jika anda kerap menggunakan internet dan sangat mementingkan kelajuan. Anda boleh mendowload lagu atau video di youtube, atau bermain permainan online dengan pantas dan lancar. Yuran bulanannya RM 98 dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 3.6 Mbps dengan akses tanpa had (unlimited).
Untuk kesemua pakej ini, anda perlu membeli modem sendiri. Harga promosi untuk modem yang ditawarkan oleh Celcom kini ialah RM 799 RM 499 atau anda boleh membelinya sendiri dipasaran. Untuk post yang seterusnya saya akan membincangkan pakej Celcom Broadband Modem Percuma.
July 12, 2008 at 9:27 am
Baru je member aku beli modem huawei e220 dari celcom – rm499
July 29, 2008 at 8:32 am
aku nak tanya, modem dari telekom boleh pakai line dari celcom tak.
July 29, 2008 at 11:23 am
modem ada 2. satu yg ada wayar, satu lagi takde wayar.
modem telekom berwayar. modem celcom lak tak berwayar.
so tak boleh la masuk… kena beli modem jugak
August 11, 2008 at 6:33 am
salam
betul ke celcom broadband bergantung pada line 3g celcom? kalau tempat tu ada 3g celcom, buleh la pasang yeh?
peh tu, aku ada tgk org pakai slot card celcom yg besar tu. tu tak sama ngan modem huawei ke penggunaan dia? mana lebih bagus eh?
August 28, 2008 at 3:04 pm
amad > ya bergantung pada line 3g celcom.
coverage slot card terhad kerana coverage dari modem plug & play boleh tarik coverage slot card.
September 5, 2008 at 3:21 pm
salam.. kt bangi ni knp susah nk gune internet walaupun ade 3g.. nk tukar ke yang pakej yang laju skit pun payah.. kne cari celcom centre.. kte student mane ade mase nak g cari.. tu pun klu ade kat bangi ni.. camne nk wat? xleh nak apply kt internet ke?
September 12, 2008 at 7:51 am
farid > soalan ini anda boleh majukan kepada contact centre Celcom di talian 1111. tq
November 22, 2008 at 4:33 am
yang daily unlimited dan pay per use kat atas tu terbalik kan? lepas tu yang terbaru,telefon 3g tak boleh lagi digunakan sebagai modem.so compulsary kena beli gak modem.
February 28, 2009 at 12:21 pm
erm..bole jek gne hp 3g as a modem..=]
bru gne td..huhu
September 12, 2009 at 7:39 am
bleh terang skit xpsl guna hp jd modem? hehe
xpandai ngat la bab2 ni
September 22, 2009 at 2:35 pm
salam… nak tanya… adik saya terpedaya dgn satu promosi celcom nii… dia ckp “Anda Terpilih!!” tetiba minta ic, pastu bg simkad celcom 3g dengan percuma, takder modem apa-apa… then dtg bil bulan pertama RM80… bleh bg penerangan tak? adakah ini pakej celcom broadband.. atau celcom postpaid utk panggilan biasa tu?