July 2008


Oleh Afiq Hanif
mafiq@hmetro.com.my

KEMUNGKINAN kos melayari Internet lebih murah mampu diharapkan pengguna di negara ini apabila perkhidmatan jalur lebar Kebolehoperasian Seluruh Dunia bagi Akses Mikrogelombang (Wimax) diperkenalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), Micheal Lai tidak menolak kemungkinan kos melayari Internet apabila perkhidmatan WiMAX disediakan akan lebih murah namun ia bergantung kepada situasi semasa.

Ketika ditanya persoalan kelewatan perkhidmatan WiMAX yang sepatutnya menemui pengguna awal Jun lalu, beliau memberi jaminan tiada sebarang masalah termasuk mengenai standard WiMAX itu sendiri.

“Tiada masalah walau satu pun,” katanya.

Perkhidmatan yang sepatutnya menemui pengguna awal Jun lalu kini ditunda tapi salah satu penerima lesen WiMAX itu menjanjikan beroperasi secara komersial di Lembah Klang pada suku ketiga tahun ini.

“Terdapat beberapa isu yang diperoleh ketika percubaan di beberapa tempat di Lembah Klang seperti Subang, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) Setapak dan Sentul tapi ia hanya memberi petunjuk kepada kami untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik,” kata Lai.

“Tempoh percubaan memberi cabaran kepada kami terutama untuk mengekalkan lebar jalur kepada pengguna agar mereka mendapat kemudahan itu secara konsisten,” katanya.

Menurutnya, jika WiMAX berjaya disediakan pada suku ketiga tahun ini, Malaysia mampu mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama di luar Korea menggunakan perkhidmatan ini secara berskala besar untuk rangkaian 802.16e 2.3GHz.

“Kami menjalankan penilaian dan ujian pengguna dan memperoleh keputusan yang positif,” tambah Lai.

Kata Lai, syarikatnya bukan saja mahu menjadi organisasi pertama menampilkan WiMAX namun ia harus menjanjikan yang terbaik terutama kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

“Kami mengumumkan dua modem WiMAX berkonsepkan ‘plug n play’ bakal menemui pengguna tidak lama lagi dengan reka bentuk ringkas yang memudahkan pengguna,” ujar Lai.

Aplikasi yang dilihat mampu mendapat manfaat melalui teknologi WiMAX termasuk kamera pengawasan, sidang video, suara dan sambungan internet.

Sesudah kita berbicara mengenai pakej-pakej Streamyx, kita beralih pula kepada promosi yang dilakukan oleh TM iaitu Streamyx Combo. Baiklah, sasaran utama Streamyx Combo sebenarnya ialah kepada pengguna baru. Pengguna sedia ada juga boleh mengupgrade pakej yang mereka langgan namun penjimatannya tidaklah begitu ketara.

Ya, Streamyx Combo memang menjimatkan bagi pengguna baru. Dengan melanggan Streamyx Combo, anda tidak perlu lagi membayar yuran talian tetap. Ia telah dimasukkan sekali ke dalam pakej streamyx yang anda pilih.

Berikut merupakan pakej-pakej Streamyx Combo.

Package

Monthly Subscription Fee

Download Speed

Upload Speed

Features

Combo 1
384kbps

RM60

384kbps

128kbps

  • Unlimited Internet access.
  • With Modem
  • Dynamic IP
  • 1 Email
Combo 2
512kbps

RM90

512kbps

256kbps

Combo 3
1Mbps

RM110

1Mbps

384kbps

Combo 4
2Mbps

RM140

2Mbps

384kbps

Combo 5
4Mbps

RM160

4Mbps

512kbps

 

Dan sekarang lihat pula penjimatan yang  anda peroleh sekiranya melanggan Streamyx Combo.

 

Streamyx Combo Package

Price

Normal Streamyx Package

Price

TM Homeline Rental

Saving

384kbps

60

384kbps

45

25

10

512kbps

90

512kbps

77

25

12

1Mbps

110

1Mbps

99

25

14

2Mbps

140

2Mbps

188

25

73

4Mbps

160

4Mbps

268

25

133

 

Sebelum ini, jika anda ingin melanggan Pakej 512 K, yuran yang dikenakan ialah RM 77 (dengan modem) dan RM 25 untuk talian tetap. Ini bermakna anda perlu membayar RM 102 sebulan. Namun, jika anda melanggan pakej Streamyx Combo 512 Kbps, anda hanya perlu membayar RM 90 sahaja. Anda jimat RM 12 sebulan = RM 144 setahun!

Bagaimana pula jika anda ingin melanggan Pakej Streamyx 4 Mbps? Sebelum ini anda perlu membayar RM 268 untuk Streamyx dan RM 25 untuk talian tetap yang bersamaan dengan RM 293 sebulan. Namun dengan Pakej Streamyx Combo 4 Mbps, anda hanya perlu bayar RM 160 sahaja. Anda jimat RM 133 = RM 1,596 setahun!

Sepertimana yang saya janjikan, saya akan bercerita mengenai pakej Celcom Broadband Modem Percuma.

Pakej ini terbahagi kepada dua iaitu:

1. Basic Broadband + Modem

Untuk pakej dengan modem, yuran bulanannya ialah RM 99 dengan kelajuan 384 Kbps. Modem yang dibekalkan ialah jenama Huawei yang bernilai RM 799 di pasaran.

2. Advance Broadband + Modem

Untuk pakej ini pula, yuran bulanan yang dikenakan ialah RM 129 sebulan dengan kelajuan 3.6 Mbps. Pakej ini juga disertakan dengan modem berjenama Huawei yang bernilai RM 799 dipasaran.

*Dengan promosi terbaru ini juga, jika anda ingin melanggan pakej tanpa modem, anda layak untuk membeli modem dengan harga RM 799 RM 499 sahaja! (Anda jimat RM 300!)

Pakej Celcom Broadband terbahagi 4 iaitu:

1. Daily Unlimited

Pakej ini ditujukan kepada anda yang menggunakan internet sekali-sekala sahaja seperti mahu memeriksa email dan melayari beberapa laman web. Kelajuan yang ditawarkan ialah sehingga 3.6 Mbps dengan caj RM 0.10 per 10kb. Pakej ini juga boleh digunakan pada telefon bimbit 3G dimana telefon berkenaan akan bertindak sebagai modem.

 

2. Pay Per Use

Pakej ini pula sesuai bagi anda yang menggunakan internet secara sederhana seperti berchatting dan memuat turun fail-fail media seperti video dan lagu. Kelajuannya ialah sehingga 384 Kbps dan caj yang dikenakan ialah RM 8 bagi setiap 24 jam.

 

3. Broadband Basic

Pakej Broadband Basic adalah pakej internet tanpa had (unlimited) dengan kelajuan 384 Kbps. Yuran bulanan yang dikenakan ialah RM 68 sebulan. Pakej ini disasarkan kepada pelanggan yang menggunakan internet secara kerap dan berpuas hati dengan kelajuan yang sederhana.

 

4. Broadband Advance

Pakej Broadband Advance pula adalah untuk anda jika anda kerap menggunakan internet dan sangat mementingkan kelajuan. Anda boleh mendowload lagu atau video di youtube, atau bermain permainan online dengan pantas dan lancar.  Yuran bulanannya RM 98 dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 3.6 Mbps dengan akses tanpa had (unlimited).

 

Untuk kesemua pakej ini, anda perlu membeli modem sendiri. Harga promosi untuk modem yang ditawarkan oleh Celcom kini ialah RM 799 RM 499 atau anda boleh membelinya sendiri dipasaran. Untuk post yang seterusnya saya akan membincangkan pakej Celcom Broadband Modem Percuma.

Sepertimana yang telah saya sebut sebelum ini, majlis pelancaran Umobile telah dilakukan pada 1 Julai 2008. Ini bermakna promosi untuk broadband free modem telah berakhir dan anda harus membeli modem sendiri.

Walaubagaimanapun, Umobile tetap menyediakan suatu tawaran yang menarik. Sebelum ini, yuran bulanan bagi broadband ialah RM 78. Tapi mulai 1 Julai 2008, yuran bulanannya telah menurun kepada RM 68 sahaja. Tambah menarik lagi, Umobile membuat tawaran sehingga penghujung tahun ini iaitu caj bulanan yang dikenakan hanya RM 58! Jadi bermula Januari 2009 barulah anda membayar RM 68 tersebut. Kelajuannya tetap sama iaitu purata kelajuan 1.8 Mbps dan boleh sehingga 3.6 Mbps.

Pakej Streamyx 4Mbps adalah untuk anda jika anda memerlukan talian internet yang tersangat laju. Pakej ini membolehkan anda mendownload movie kegemaran anda dengan dengan skala yang besar dan lebih pantas. Tidak lupa kepada peminat permainan online, pakej ini memang sesuai untuk anda kerana kepantasannya.

Untuk pakej ini, yuran bulanannya ialah RM 268 dan disertakan dengan modem.

Kira-kira Kos Permulaan

Sebelum melanggan mana-mana pakej Streamyx, anda perlu terlebih dahulu melanggan talian tetap. Proses memasang talian tetap adalah kira-kira 3 hari masa bekerja dan kos yang terlibat pula adalah seperti berikut;

Deposit – RM 75 (akan dipulangkan sekiranya anda menamatkan perkhidmatan)

Yuran pengaktifan – RM 50

Duti setem – RM 10

Yuran Pemasangan – RM 30 (dibayar kepada kontraktor yang memasang)

Jadi, kos untuk langganan talian tetap ialah RM 75 + 50 + 10 + 30 = RM 165.

(abaikan sekiranya anda sudah memiliki talian tetap)

Kos Pemasangan Streamyx

Yuran pemasangan Streamyx pula adalah seperti berikut;

Yuran pengaktifan – RM 75

Yuran pemasangan – RM 88 (boleh pilih)

Yuran langganan untuk bulan pertama & kedua

RM 268 + RM 268 = RM 536

Duti setem – RM10

Jadi kos untuk pemasangan Streamyx adalah

RM 75 + RM 88 + RM 536 + RM 10 = RM 709

Kesimpulan

- Kos Pemasangan Talian Tetap = RM 165

- Kos Pemasangan Talian Tetap + Kos Pemasangan Streamyx (dengan bantuan juruteknik) = RM 165 + RM 709 = RM 874

Nota: Kesemua kos pemasangan Streamyx hanya dibayar pada bil bulan kedua.

Pakej Streamyx 2Mbps adalah untuk anda jika anda memerlukan talian internet yang sangat laju. Dengan itu anda boleh menonton video atau mendengar lagu secara online dengan lancar sekali. Selain itu, pakej ini juga membolehkan anda mendownload movie kegemaran anda dengan lebih pantas. Tidak lupa kepada peminat permainan online, pakej ini memang sesuai untuk anda.

Untuk pakej ini, yuran bulanannya ialah RM 188 dan disertakan dengan modem.

Kira-kira Kos Permulaan

Sebelum melanggan mana-mana pakej Streamyx, anda perlu terlebih dahulu melanggan talian tetap. Proses memasang talian tetap adalah kira-kira 3 hari masa bekerja dan kos yang terlibat pula adalah seperti berikut;

Deposit – RM 75 (akan dipulangkan sekiranya anda menamatkan perkhidmatan)

Yuran pengaktifan – RM 50

Duti setem – RM 10

Yuran Pemasangan – RM 30 (dibayar kepada kontraktor yang memasang)

Jadi, kos untuk langganan talian tetap ialah RM 75 + 50 + 10 + 30 = RM 165.

(abaikan sekiranya anda sudah memiliki talian tetap)

Kos Pemasangan Streamyx

Yuran pemasangan Streamyx pula adalah seperti berikut;

Yuran pengaktifan – RM 75

Yuran pemasangan – RM 88 (boleh pilih)

Yuran langganan untuk bulan pertama & kedua

RM 188 + RM 188 = RM 376

Duti setem – RM10

Jadi kos untuk pemasangan Streamyx adalah

RM 75 + RM 88 + RM 376 + RM 10 = RM 549

Kesimpulan

- Kos Pemasangan Talian Tetap = RM 165

- Kos Pemasangan Talian Tetap + Kos Pemasangan Streamyx (dengan bantuan juruteknik) = RM 165 + RM 549 = RM 714

Nota: Kesemua kos pemasangan Streamyx hanya dibayar pada bil bulan kedua.