Pakej 1 mbps ditujukan kepada anda yang menginginkan kelajuan untuk menonton video secara online atau menggunakan webcam. Anda juga boleh mengupload atau mendownload video mahupun audio dengan lebih laju menerusi laman web. Seperti pakej 512kbps, RM 88 adalah pakej tanpa modem dan RM 99 adalah dengan modem.
Kira-kira Kos Permulaan
Sebelum melanggan mana-mana pakej Streamyx, anda perlu terlebih dahulu melanggan talian tetap. Proses memasang talian tetap adalah kira-kira 3 hari masa bekerja dan kos yang terlibat pula adalah seperti berikut;
Deposit – RM 75 (akan dipulangkan sekiranya anda menamatkan perkhidmatan)
Yuran pengaktifan – RM 50
Duti setem – RM 10
Yuran Pemasangan – RM 30 (dibayar kepada kontraktor yang memasang)
Jadi, kos untuk langganan talian tetap ialah RM 75 + 50 + 10 + 30 = RM 165.
(abaikan sekiranya anda sudah memiliki talian tetap)
Kos Pemasangan Streamyx
Yuran pemasangan Streamyx pula adalah seperti berikut;
Yuran pengaktifan – RM 75
Yuran pemasangan – RM 88 (boleh pilih)
Yuran langganan untuk bulan pertama & kedua
- tanpa modem > RM 88 + RM 88 = RM 176
- dengan modem > RM 99 + RM 99 = RM 198
Duti setem – RM10
Jadi kos untuk pemasangan Streamyx adalah
tanpa modem > RM 75 + RM 88 + RM 176 + RM 10 = RM 349
dengan modem > RM 75 + RM 88 + RM 198 + RM 10 = RM 371
Seperti biasa, jika anda ingin jimat, anda boleh beli dan pasang sendiri modem anda. Maka tolak sahaja kos pemasangan.
tanpa modem > RM 349 – RM 88 = RM 261 (jimat RM 88 )
dengan modem > RM 371- RM 88 = RM 283 (jimat RM 88)
Kesimpulan
- Kos Pemasangan Talian Tetap = RM 165
- Kos Pemasangan Streamyx (dengan bantuan juruteknik) = RM 349
- Kos Pemasangan Streamyx dengan modem = RM 371
- Kos Pemasangan Streamyx (pasang sendiri) = RM 261
- Kos Pemasangan Talian Tetap + Kos Pemasangan Streamyx (dengan bantuan juruteknik) = RM 165 + RM 349 = RM 514
- Kos Pemasangan Talian Tetap + Kos Pemasangan Streamyx (dengan modem) = RM 165 + RM 371 = RM 536
- Kos Pemasangan Talian Tetap + Kos Pemasangan Streamyx (pasang sendiri) = RM 165 + RM 261 = RM 426
Nota: Kesemua kos pemasangan Streamyx hanya dibayar pada bil bulan kedua.










