Bagi yang masih tercari-cari penyedia perkhidmatan internet paling ideal, hari ini saya akan kongsikan serba ringkas tentang pilihan yang wujud untuk anda. Di Malaysia, anda boleh memilih untuk melanggan perkhidmatan dengan wayar atau tanpa wayar (broadband).
Pilihan yang ada untuk perkhidmatan dengan wayar adalah seperti berikut:
1. Streamyx
2. Maxis
3. Jaring
Manakala untuk broadband, pilihan yang ada ialah:
1. Celcom broadband.
2. Maxis broadband.
3. Izzinet.
4. Umobile ( terbaru tahun 2008 )
5. Digi
“Wah ada 8 kesemuanya? Mana satu yang paling sesuai untuk saya ye?” Jawapannya ialah mengikut keperluan dan kemampuan anda. Jika anda hanya mempunyai sebuah komputer peribadi, adalah lebih baik anda menggunakan talian internet dengan wayar.
Manakala jika anda mempunyai laptop, anda boleh memilih untuk melanggan internet tanpa wayar (broadband). Ini kerana anda boleh melayari internet dimana-mana sahaja asalkan ada liputan untuk broadband. Anda juga akan nampak sedikit bergaya menaip-naip papan kekunci laptop anda di restoran-restoran, perhentian lebuh raya mahupun di tepi pantai yang indah.
Akan tetapi kedua-dua pilihan talian internet ini ada kelebihan dan kekurangannya. Saya akan ceritakan lebih lanjut di post yang seterusnya.