May 2008


Kali ini saya akan memberi sedikit tip untuk memilih penyedia perkhidmatan internet anda samada menggunakan teknologi jalur lebar dengan wayar atau tanpa wayar.

Jalur Lebar Dengan Wayar (Wired Broadband)

Jika anda mempunyai sebuah komputer peribadi sahaja, adalah lebih baik anda menggunakan Wired Broadband. Ini kerana taliannya adalah lebih stabil berbanding wireless broadband. Lagi pun komputer peribadi anda tidak boleh dialih kemana-mana. Jadi eloklah menggunakan wired broadband seperti Streamyx. Kelajuan yang ditawarkan ialah dari 384 Kbps hingga 4 Mbps.

Selain itu kos permulaannya agak rendah jika dibandingkan dengan melanggan wireless broadband. Sebagai contoh, untuk pakej streamyx yang sederhana (RM 66 sebulan – 512 Kbps), anda hanya perlukan menyediakan kira-kira RM 400++ sahaja (jika anda masih belum memiliki talian tetap. saya akan memperincikan pengiraan kosnya di post seterusnya).

Jalur Lebar Tanpa Wayar (Wireless broadband)

Namun begitu, jika anda seorang yang sibuk dan selalu bergerak ke sana ke mari membimbit laptop untuk menguruskan kerja atau bisnes, adalah lebih baik anda melanggan wireless broadband. Di sini, internet akan sentiasa menemani anda walau ke mana sahaja anda pergi. Baik ketika bekerja, berjumpa klien, berehat di rumah, balik kampung mahupun ketika pergi melancong! Kelajuan purata yang dicatatkan ialah 1 Mbps dan boleh mencecah sehingga 3.6 Mbps!

Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu sedia hadapi jika melanggan wireless broadband. Antaranya ialah liputannya adalah kurang stabil sedikit jika dibandingkan dengan wired broadband terutamanya ketika cuaca buruk seperti hujan lebat dan ribut petir.

Selain itu anda juga perlu mengeluarkan kos yang lebih sedikit untuk permulaan. Kos yang terlibat adalah untuk yuran langganan dan pembelian modem yang berharga kira-kira RM 499-RM 799 (mengikut harga pasaran semasa). Namun jika anda seorang yang mementingkan gaya, kos yang terlibat tidaklah menjadi masalah bukan? :)

Akhir kata, pilihlah mengikut kesesuaian dan kemampuan anda.

Bagi yang masih tercari-cari penyedia perkhidmatan internet paling ideal, hari ini saya akan kongsikan serba ringkas tentang pilihan yang wujud untuk anda. Di Malaysia, anda boleh memilih untuk melanggan perkhidmatan dengan wayar atau tanpa wayar (broadband).

Pilihan yang ada untuk perkhidmatan dengan wayar adalah seperti berikut:

1. Streamyx

2. Maxis

3. Jaring

 

Manakala untuk broadband, pilihan yang ada ialah:

1. Celcom broadband.

2. Maxis broadband.

3. Izzinet.

4. Umobile ( terbaru tahun 2008 )

5. Digi

“Wah ada 8 kesemuanya? Mana satu yang paling sesuai untuk saya ye?” Jawapannya ialah mengikut keperluan dan kemampuan anda. Jika anda hanya mempunyai sebuah komputer peribadi, adalah lebih baik anda menggunakan talian internet dengan wayar.

Manakala jika anda mempunyai laptop, anda boleh memilih untuk melanggan internet tanpa wayar (broadband). Ini kerana anda boleh melayari internet dimana-mana sahaja asalkan ada liputan untuk broadband. Anda juga akan nampak sedikit bergaya menaip-naip papan kekunci laptop anda di restoran-restoran, perhentian lebuh raya mahupun di tepi pantai yang indah. :)

Akan tetapi kedua-dua pilihan talian internet ini ada kelebihan dan kekurangannya. Saya akan ceritakan lebih lanjut di post yang seterusnya.